Monday, June 1, 2009

percubaan blogging dalam bahasa malaysia


Dah lama tak tulis dalam Bahasa Malaysia, jadi, kita/saya tengah cuba tulis dalam bahasa ni.
Kalau tak tahan, takpe, blah je, tapi mung kerugian besar sebab saya agak kelakar dan cerita yang saya nak ceritakan ni pun agak kelakar.
(Chitoo and Mien, you guys are so much better at this)

Jadi, minggu lepas, saya dan keluarga pergi makan kat OU, pastu adik saya dok depan saya, mak saya sebelah saya, dan adik beradik saya yang lain tu tak penting di mana lokasi mereka duduk.
Di belakang saya tiba tiba ada kawan adik saya cakap Hi, dan adik saya yang nak dekat 2 tahun dok terperap kat Melaka tu pun dengan excitednya wave hi balik.

Mak saya pun turut serta sibuk nak tengok kawan adik saya tu laki ke perempuan, dan sambil dia turn around, dia pergi buat this hand action thing yang menyerupai Ali G masa dia jumpa kawan dia dari West Side/East Side sambil tu mak saya cakap 'Yo, yo.'

Saya terlampau terkejut dengan perbuatan mak saya yang sememangnya nerd dari spek mata hingga ke kasutnya, dan bertanya dengan nada yang tegas, "APA MAK BUAT TU?"
Saya juga bertanya macam tu dengan nada tu sebab saya tanak adik saya malu dengan kelakuan mak saya.

Mak saya terangkan (explain?) yang dia sangka itu trend masakini, dia memikirkan yang itulah penanda sama ada anda cool atau tak. Sungguh memalukan!
Adik saya pada masa itu juga turut menuntup mukanya dengan tangan dan kelihatan ayah saya menggeleng kepala kerana kemungkinan juga, malu mak saya nak jadi cool tapi macam tu.

Mereka semua tidak tahu pada masa itu saya menyesal suruh mak saya beli DVD Borat masa kat flea market.

Fooh! That was hard. How be dat? Boleh jadi the next Suffian Abas tak?

No comments:

Post a Comment